Tiada tajuk kurasa





Alhamdulillah, ku rasa ku sudah lama tidak mengingatkan diri untuk bersyukur. Terlalu banyak nikmat Ilahi yang sudah ku hirup,namun ku luahkan bukan dalam kemanisan beribadah, tetapi ku hamburkan dalam dosa dan maksiat.Ampunilah aku ya Rabb, aku insan yang pelupa.

Baru sahaja aku pulang dari Program Jalinan Ukhwah, anjuran bersama Jakim dan Alumni Pelajar Islam SBP. Hadir bukan sebagai peserta, tetapi ahli jawatankuasa pelaksana yang bertugas dalam hal teknikal. Terasa geli hati juga diriku, aku sebagai ajk teknikal? Tetapi itulah takdir diriku, ditaklifkan untuk belajar sesuatu.

Mungkin ramai dari sahabatku dapat menghayati ukhwah, tetapi yang menyentuh hatiku pastinya berkaitan niat. Terasa syahdu, setelah ku kira semula semua tindakanku, lantas ku menangis sendirian tatkala semua sahabat menjalankan kerja sebagai fasilitator dan pemantau program bersama. Ku menangis mengenangkan semua amalanku, adakah semuanya ikhlas kerana Allah? Adakah mampu ku berhadapan dengan tuhanku, mempersembahkan semua amalanku, lalu ku berkata semua ibadahku keranaNya? Sungguh Allah Maha Mengetahui.Apakah nasibku di akhirat nanti, tatkala ada manusia yang luluh mukanya, malu dengan amalan maksiatnya, yang dipertontonkan kepada sekalian manusia? Maha dahsyatnya hari itu. Tetapi syukur, moga dapat ku perhalusi niat dan perbuatanku selepas ini.

Moga selepas ini APIS akan dapat menajamkan gerak kerjanya, memberi kefahaman Islam kepada lepasan pelajar SBP yang sangat berpotensi. Yang juga tidak kurang penting, PJU kali ini mengingatkan aku semula, manusia sentiasa ada pilihan dalam hidupnya, yang membuatkan aku senyum semula.





Mendaftarlah bagi sesiapa yang ingin bersama APIS

Adakalanya lama itu tidak terasa...

Diri pulang ke kampung tatkala cuti, tetapi hati terasa tidak mahu pergi, kerana takut tidak mampu mengawal diri. Tetapi rasanya cutiku ini mungkin ada yang manis ada yang pahit tertelan didalam seluruh urat nadi, hidup yang dibolak-balikkan kerana satu perkara iaitu hati.
Kusangkakan aku akan juga tewas dan mengundur diri, seperti mana pemilik blog yang lain, tetapi syukur ku punya hati dan masa untuk mencoret lagi. Hidup di tanah sendiri memang cukup berbeza, di situlah muncul semua jenis perasaan yang tidak ku tahu samaada ianya fitrah atau nafsu manusia, rengkuhan yang menggila, tetapi kadang-kadang wujud keazaman yang membara, terutamanya apabila bersama-sama melihat 'maju'nya bumi sekular.
Yang pastinya cuti itu telah menyemai satu perasaan yang ku harap kekal sebaiknya, aku jatuh cinta, dengan tempat yang ku gelarkan bumi sekularisme, yang ingin ku basuh sebersihnya, seperti mana hati sendiri menanti peluntur untuk diserikan semula, setelah noda hitam terlekat padanya.

Seuntai kata


Mungkin mereka tahu, mengapa dipilihnya aku akan lagu ini, moga terus tetap didakapi , apa yang telah ku temui.

Adakah kau lupa, kita pernah berjaya,
Adakah kau lupa, kita pernah berkuasa;
Memayungi dua pertiga dunia,
Merentas benua, melayar samudera;
Keimanan juga ketaqwaan,
Rahsia mereka capai kejayaan;

Gemilang generasi yang silam,
Membawa arus perubahan;
Keikhlasan hati dan nurani,
Ketulusan jiwa mereka berjuang;

Adakah kau lupa,

Sejarah telah mengajar kita,
Budaya Islam diserata dunia;
Membina tamadun berjaya,
Merubah mengangkat maruha;

Adakah kau lupa kita pernah berjaya,
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa;
Memayungi dua pertiga dunia,
Merentas benua melayar samudera;
Keimanan juga ketaqwaan ,
Rahsia mereka capai kejayaan.

Jika ku ditakdirkan lupa, ku harap ada yang mengingatkanku, jika ada sahabatku lupa, ku harap juga mampu menyedarkan dia. Hidup itu tidak akan semudah yang dipinta, tetapi pastinya tidak sesukar yang dirasa, kerana kita ada tempat bergantung iaitu DIA.