Adakalanya lama itu tidak terasa...

Diri pulang ke kampung tatkala cuti, tetapi hati terasa tidak mahu pergi, kerana takut tidak mampu mengawal diri. Tetapi rasanya cutiku ini mungkin ada yang manis ada yang pahit tertelan didalam seluruh urat nadi, hidup yang dibolak-balikkan kerana satu perkara iaitu hati.
Kusangkakan aku akan juga tewas dan mengundur diri, seperti mana pemilik blog yang lain, tetapi syukur ku punya hati dan masa untuk mencoret lagi. Hidup di tanah sendiri memang cukup berbeza, di situlah muncul semua jenis perasaan yang tidak ku tahu samaada ianya fitrah atau nafsu manusia, rengkuhan yang menggila, tetapi kadang-kadang wujud keazaman yang membara, terutamanya apabila bersama-sama melihat 'maju'nya bumi sekular.
Yang pastinya cuti itu telah menyemai satu perasaan yang ku harap kekal sebaiknya, aku jatuh cinta, dengan tempat yang ku gelarkan bumi sekularisme, yang ingin ku basuh sebersihnya, seperti mana hati sendiri menanti peluntur untuk diserikan semula, setelah noda hitam terlekat padanya.

2 comments:

Anonymous said...

aku jeles bila tgok sahabat2 di malaysia pegi program tu,program nii..uruskan itu,uruskan ini

moga kamu sentiasa kuat semangat n berada dalam rahmatNya

*erkk..mcm tkde kena mengena je ngan entry ni*

Anonymous said...

noda hitam kite yg buat..peluntur pun kite bole cari sendri.. matter of 'nk or tanak'..