Tiada tajuk kurasa





Alhamdulillah, ku rasa ku sudah lama tidak mengingatkan diri untuk bersyukur. Terlalu banyak nikmat Ilahi yang sudah ku hirup,namun ku luahkan bukan dalam kemanisan beribadah, tetapi ku hamburkan dalam dosa dan maksiat.Ampunilah aku ya Rabb, aku insan yang pelupa.

Baru sahaja aku pulang dari Program Jalinan Ukhwah, anjuran bersama Jakim dan Alumni Pelajar Islam SBP. Hadir bukan sebagai peserta, tetapi ahli jawatankuasa pelaksana yang bertugas dalam hal teknikal. Terasa geli hati juga diriku, aku sebagai ajk teknikal? Tetapi itulah takdir diriku, ditaklifkan untuk belajar sesuatu.

Mungkin ramai dari sahabatku dapat menghayati ukhwah, tetapi yang menyentuh hatiku pastinya berkaitan niat. Terasa syahdu, setelah ku kira semula semua tindakanku, lantas ku menangis sendirian tatkala semua sahabat menjalankan kerja sebagai fasilitator dan pemantau program bersama. Ku menangis mengenangkan semua amalanku, adakah semuanya ikhlas kerana Allah? Adakah mampu ku berhadapan dengan tuhanku, mempersembahkan semua amalanku, lalu ku berkata semua ibadahku keranaNya? Sungguh Allah Maha Mengetahui.Apakah nasibku di akhirat nanti, tatkala ada manusia yang luluh mukanya, malu dengan amalan maksiatnya, yang dipertontonkan kepada sekalian manusia? Maha dahsyatnya hari itu. Tetapi syukur, moga dapat ku perhalusi niat dan perbuatanku selepas ini.

Moga selepas ini APIS akan dapat menajamkan gerak kerjanya, memberi kefahaman Islam kepada lepasan pelajar SBP yang sangat berpotensi. Yang juga tidak kurang penting, PJU kali ini mengingatkan aku semula, manusia sentiasa ada pilihan dalam hidupnya, yang membuatkan aku senyum semula.





Mendaftarlah bagi sesiapa yang ingin bersama APIS

3 comments:

Anonymous said...

salam. ceritelah scr spesifik program2 ape yg dijalankan. teringin aku nk tahu.

Anonymous said...

salam

humm. ya ya, cerita sikit. nak juga tau

Abdul Rasyiid Mustafa said...

asif ya le kepade cik 'aku', sy ni mmg maleh cket nk tngok comment. Xtaw la nk cte mcm mane,tp lebh kpade prog menimbulkan ukhwah la.Ldk sume2 aim ukhwah. Tp pengisiannya burink..huhu..nsb bek ldk nye ade mnfaat..dn plg best pserte mslimin kene 'tamrin' cket ala2 kisas..huhu..tp cket je