Si pipit

Ku punya satu cerita,yang ku bina dalam kemalasan diri meneruskan pembacaan dikala senggang. Cerita tentang si kecil pipit.Ketidakfahaman diri dalam merencana kehidupan turut menyumbang taipan ini.Tetapi itu bukan focusnya

Si pipit kecil itu terbang ke udara, dalam kedamaian cuaca yang menyamankan, lalu singgah di tepian jendela, di rumah manusia yang sedang berkeluh kesah di tepinya. Dari tingkat lima rumah itu, di dengarnya semua jenis keluhan dari insan itu. Lalu dengan perlahan pipit bersuara, "engkau tahu apa tentang masalah dunia wahai manusia..."

Terkejutlah insan yang sedang bersedih-sedihan, sehingga jatuh ia dari kamar tempat dia menghabiskan sepertiga hidupnya, namun gelabahnya tidak lama. Lalu tatkala usai reaksinya, dia berkata," Hairan ku wahai pipit, rupanya engkau reti bersuara?"

Di balas dengan suara genit tetapi sudah memadai sampai ke gegendang manusia itu," Aku sudah lama boleh bersuara, sudah ku hadam semua bahasa manusia, cuma kalian sahaja tidak memahami ku. Mungkin hari ini sahaja Tuhan kita membuka hijab, semoga kamu dapat mendengar kalamku sebentar"

"Ah manusia, bahana engkau terima sedikit sahaja. Setakat kekurangan dana dalam hidup untuk mencari keperluanmu, seremeh gelojak hati dicemuh dicaci oleh manusia yang benci akan perihalmu, sekecil sakitmu kerana penyakit yang diutus tuhan mengkafarahkan dosamu,itu yang kamu sedihkan?"

"Lalu apa penafsiran tentang derita itu apa pula disisimu?", tanya si homo sapien itu, kaget dengan si kecil itu.

"Tiada ingin aku huraikan aku dengan kata-kata. Cuma aku burung biasa, yang hidup dari keluarga biasa, di taman bunga yang harum mewangi. Namun pada satu hari, sekumpulan bangsat datang ketaman kami, menjarah bunga-bunga di sana, dihujani kami batu-batuan berbisa, yang membuatkan kami langsung tidak bermaya. Saudara-saudaraku disembelih, ibu bapaku dicabut bulunya, sedang aku pula dipaksa melihat sendiri apa yang diperlakukan ke atas mereka tanpa upaya ku gerakkan apa-apa. Sehingga kini aku masih menahan bisa, parut yang dalam seperti barah yang tiada peluang sembuh semula,sungguh pedih rasanya."

Lalu terus menjadi gasar suaranya, dengan menjerit, "tetapi yang ku benci, semua hidupan disekelilingku hanya melihat dan mencaci maki si syaitan itu tanpa ada tindakan bersama. Masakan ada perubahan jika hanya diharapkan tenaga yang ada dalam gelombang bunyi itu menghalau penceroboh itu semudahnya? Jika dulu ada manusia yang ingin membantu kami, di habisi mereka sehingga mati pemimpinnya. Sungguh kamu bangsa yang kejam lagi hina ! Sanggup kamu membiarkan kami sebegini sedang kamu bersedapan didunia? Kerana engkau semua yang hanyut dalam assobiyah sesama makhluk didunia,lantas kami terus rosak direnggut sejahat-jahat manusia! "

Si pipit pergi, tinggal manusia dungu terpinga-pinga.

3 comments:

Anonymous said...

tidak ku sangka kamu pandai menyusun kata-kata. erk. aku terikut2 plak ayat ko.

tafsiran aku: entry ni berkaitan dgn Palestin kan?

ya, aku mengaku. aku manusia yg mudah lupa diri. aku teruk!

maafkan aku wahai pipit.

Abdul Rasyiid Mustafa said...

huhu.. terpulang la kepada tafsiran masing-masing..pipit itu bersuara, tetapi bukan aku yang mendengarnya.. jadi tidak bisa di tafsir dari sudut pandanganku sahaja..hehe

Anonymous said...

oh. sungguh mendalam maksud yang kamu cuba utarakan! haha. apehal aku jd sastera2 nih? pengaruh penulis.

baiklah. aku dgn tafsiran aku. ko dgn tafsiran ko. die dgn tafsiran die.

smoge ALLAH beri kemenangan kpd pejuang2 Islam di sane ....

p/s >> ptutlah tanye psl ejaan 'homo sapien'. rupe2nye nk buat entry.