Kening Terangkat Seketika


Akhir-akhir ini, ada perkara yang melingkar dalam pemikiranku. Walaupun bertatih-tatih ku ber'jalan', sesekali tersungkur, tidak juga hilang bayangan perkara itu dalam perhatian. 2 perkara mungkin selalu difikirkan, pabila orang bercakap mengenai perubahan, dan juga apabila orang berkata berjuang itu untuk Islam, bukan persatuan, ataupun apa-apa sahaja proksi, termasuk alumni.


Bukan ku menolak perkara yang diutarakan, cumanya sedikit terangkat keningku apabila terdengar tentang dua soal itu, adakah mungkin sifat pessemistic itu bertapak dalam diri? Mungkin juga, tetapi seringkali diri terjumpa, berjumpa dan dijrumpai oleh manusia yang berkata deras, tetapi hasilnya entah kemana.Dan berjuang untuk Islam itu mungkin tiada erti jika hanya didasari oleh semangat semata-mata, bahkan hal ini ditekankan oleh pelbagai lorong pemikiran,tidak kira al-Attas, mahupun al-Banna,ataupun dalam konsep rausyanfikir, biarlah dimana sahaja blok kamu berada, tetapi ingat, pilihlah dengan adil dan saksama isi-isi yang patut menempati asas binaan dalam kepala kalian, kerana tanpa keadilan dan sikap berlapang dada, tidak mungkin idealisme itu bertemu walaupun pada setitik noktah sekalipun. Sebab itu mungkin diriku sungguh malas berwacana, kerana takut terkena dengan kata-kata ciptaan al-qodahi, "al-ilm fil mulut, wala fil amal".

Namum syukur, selesai juga muktamar Sanawi APIS, dengan sheikh al-Qodahi menjadi timbalan presidennya, tetapi malang, tiada pula gambar yang dapat disertakan disini kerana wujud masalah teknikal, mungkin jika sudah diberesi masalah itu akan dikepilkan satu dua gambar sepanjang keberadaan di sana.

Selepas ini, ada beberapa perkara perlu ditempuhi,bermula dengan ujian akedemik kecil-kecilan (quiz) yang memeningkan kepala,bahkan boleh menggagalkan diri, peperiksaan akhir semester, permulaan kelas di ILHAM, (agak gusar selepas respon yang diberikan pengurus agak 'menakutkan'), penyelesaian kem (mungkin di paroi) dan tidak dilupakan ujian Allah yang bakal mendatang, tampak seperti banyak perkara perlu di bereskan, tetapi percayalah,dengan kapasiti kemalasan diri ini,entahkan "settle' ataupon tidak. (huhu)



Wassalam.

2 comments:

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

Insya ALLAH, kita akan terus tetap memperjuangkan APIS sebagai pertubuhan Islam dan persatuan bekas pelajar SBP berdasarkan syari’at Islam yang haq. Kita memerlukan keikhlasan dan kebenaran yang tulen, kesungguhan untuk bekerja sebagai satu jemaah, sentiasa bersedia untuk belajar mempertingkatkan pencapaian dan kemampuan (al-islah) dan memperbetulkan kesilapan serta membaiki kelemahan, secara berterusan (al-istiqomah). Kita menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah kita dalam setiap aspek perjuangan yang komprehensif (syumul). Usah rasa lemah dalam perjuangan ini. Kekuatan itu hanya datang daripada ALLAH s.w.t. Masa kian tiada, pergunakan sepenuhnya masa di dunia ini dalam mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat yang kekal. Penyesalan pada hari qiamat kelak adalah penyesalan yang terlalu dahsyat akibat tidak mempergunakan SEPENUHNYA kehidupan dunia untuk ‘ubudiyyah kepada-Nya. Hadirkan zouq dan khusyu’ dalam perjuangan melalui wasilah APIS ini, kerana kita sentiasa mengharapkan setiap daripadanya diberikan kepada Islam dan diterima ALLAH s.w.t.. Ayuh, maju ke hadapan! Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita.

Iltizam Bersama Islam.

Abdul Rasyiid Mustafa said...

hoho..enta telah salah sangka..tp xpelah..