Kepupusan Melayu

Sedang kebosanan, maka ditaiplah entry ini. Adapun baru sahaja usai membaca bacaan meredakan kepala. Maka sukalah dikongsi akan isi-isinya. Tentang syarat busana melayu, yang dinukilkan dalam novel itu, kata seorang ulama berketurunan Cina di zaman kesultanan Melayu negeriku. Katanya, :

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai, tetapi terbuka aurat, tanda iman sudah berkarat. Tanda orang tidak semenggah, berkain baju, terdedah-dedah. Barangsiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati,berkain baju berhati-hati........

Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis. Apabila berkain baju yang tipis, disitulah tempat setan dan iblis. Apabila memakai terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata, tanda dirinya didalam nista.
....Syarat ketiga busana melayu itu mestilah pantang ia berpotongan ketat. Tiada boleh sama sekali menampak lekuk atau liku ditubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh....

Itulah yang hendak ayahanda nyatakan tentang syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ngada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supayatak hilang maruah Melayu. Apabila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai elok menurut adat kelak tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.

..........Syarat kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai....."

Dipetik dari Manikam Kalbu,
Faisal Tehrani, Dewan Bahasa dan Pustaka,
2007.

Berapa ramaikah sekarang yang boleh digelar Melayu? Sedang luarannya tidak begitu, mungkin kerana katanya imannya didalam hati sentiasa tidak mahu ditayang-tayang selalu..

13 comments:

Anonymous said...

:)
terima kasih segala peringatan...

Abdul Rasyiid Mustafa said...

hee..salin je..ucap trimas kepade penulis novel tu..hoho

cik pelangi said...

dlu nak pinjam dr seseorg buku manikam nih tp xdan...nak pnjm dr kamu buku dlu pon xpulangkan lg...(^^,)hukhuk

Abdul Rasyiid Mustafa said...

bleh je..tp jgan lupe pulang la ye..huhu

408 said...

ak mmg musykil dgan ko..semakin rajin bace novel..
well, manikam kalbu memang best..bahase die best..
nak pening kepale lg, bace bedar sukma bisu..ak bace2, xde rse dzouq die..huhu

c's said...

xsempat bce manikam kalbu agi~

btw, bedar sukma bisu senang la nak faham, cerita pasal pelayaran n perkapalan.. rasa macam ok kalau nak banding dengan karya awal FT yang agak tinggi bahasanya macam 1515.. memang tak faham berapa ending die ada.. huhu

Abdul Rasyiid Mustafa said...

huhu..bace sudeyh..ape payah2..satu hari dh sttle.. bukan payah beno... pasal ending tu rase mcm ok jerk..xtaw la orang len cane..ngee

Ummu Nuha said...

bek bce detektif indigo..
lg bes...
sng nak phm..
klu nak bce bku manikam tu alamatnye smpai rye nnti pun x hbeh lg...
xpe2...soh sdare blog ni translate kan...
hahahaha...;p
very brilliant!!ting!ting!;)

Anonymous said...

dah lama x usik novel, lain dgn si abdullah tu, sbb tu entry beliau penuh dgn bait puitis, penangan Faisal Tehrani kot...

Abdul Rasyiid Mustafa said...

huhu..copy ayat jer..mmg la nmpak sedap..hehe

naqiubex said...

hehe.. Melayu sudah pupus tapi Islam akan naik!!

Abdul Rasyiid Mustafa said...

hurm..rase bukan begtu..Kemengangan islam tidak menghapuskan bangsa..itu identiti manusia.. yang disatukan aqidah.. keistimewaan tiap bangsa tetap dipelihara.. dalam al-Quran juga de sbut tntg wjdnye prbzaan kaum dan qabilah..

Anonymous said...

benar sekali abdullah, dlm quran mmg Allah sebut dgn jelas adanya bangsa, suku dan puak. Bknkah Allah wujudkannya adalah utk saling kenal mengenal, aqidah lah yg menyatukan mereka, Salman Al Alfarisi sahabt tersohor, bkn bangsa Arab, tp Parsi...Bilal bin Rabah bangsa Utopia (kulit hitam)...apakah yg menyatukan mereka semua???akidah mengEsakan Allah...bkn semua nabi itu bangsa Arab, maka perlu diraikan bangsa2 yg ada dimuka bumi ini...ada hikmah disebaliknya yg kita tidak tahu....mungkin kita jahil barangkali...?wallahua'lam