Nasi kosong


Malam itu hati si kenit terketar-ketar. Dia hadir ke dalam "smart circle" . Hadirnya awal, sengaja diawalkan kedatangannya, dengan doa dia tidak gugup apabila berkumpul bersama. Perlahan-lahan dia bertatih dengan tongkatnya, tongkat sejatinya, yang menemani dirinya dimana sahaja dia melangkah, walaupun sesekali jatuh menyembam bumi.

Sang Naqeb melangkah. Aduh, dengupan jantungnya makin sasau.Aktiviti berjalan seperti biasa. Selesai berbicara suasana hening. Diam. Tiada teman berbicara, maka si kenit meraup mukanya, lega. Tiba-tiba sang naqeb garau bersuara " hari ini kita ada modul khas melengkapkan ukhwah. Makan nasi kosong sehingga habis. Bagi siapa yang tidak habis sama-sama kita bantu dia. Boleh sahabat-sahabat.........!? " ."boleh~!", sahut mereka bersemangat. Dihidangkan nasi sekawah entah di mana sang Naqeb sempat menempah, lalu modul berlalu seperti biasa. Argh, si kenit kecewa.

Selang tiga kali suapan, si kenit tersedak. Dengan suara serak berkata, "ana tidak mampu sheikh, ana tak kuat makan." Dilihat Sang Naqeb lahap memakan nasi putih bersama sahabat, tidak mendengar suaranya. Dicubanya lagi. Kali ini, kali kelima dia berhenti. Sedikit merayu, dia berkata, "ana tidak mampu sheikh, ana habiskan sedikit ini sudahlah", sambil memandang setalam nasi lagi yang perlu dihabiskan dalam modul itu.

Si kawan sedikit menjeling semacam marah, tetapi terus menyudahkan suapan masing-masing. Si kenit terasa sebak, tetapi terus dicuba mengunyah nasi itu. Dicubanya lagi pada sang Naqeb, "sheikh, ana bawa nasi ini balik, esok dan lusa ana cuba habiskan. Hari ini setakat ini sahaja boleh? ". Dilihat Sang Naqeb senyap, tiada respon langsung darinya.

Si kenit teringat kata-kata Sang Naqeb di tamrin dahulu, terngiang-ngiang di telinganya. " ingat, kita ini dalam zon selesa, jangan bazirkan nasi itu.Ingat sahabat-sahabat kita di Palestin. Belajar menghargai hidup. Habiskan ! Ingat, nasi itu tak perlukan kita, kita yang perlukan nasi untuk hidup!". Lalu di bantah dalam hati, bukan dirinya menolak nasi, tetapi bukankah sudah terbukti sepanjang mereka berkenalan dirinya gagal memanfaatkan nasi? Kemampuannya menyuap hanya sedikit ! Bukankah pimpinan melihat siapa yang patut menghabiskan nasi itu adalah seorang yang besar, kuat dan lahap dalam menyuap makanan?

Dia tersedak, tersembur beberapa butir nasi di udara. Sang Naqeb tersenyum, lalu berkata, "inilah masa yang ana maksudkan tadi membantu bagi mereka yang tidak mampu. Marilah kita suapkan sahabat kita ini..." . Lalu mereka beramai-ramai mengepal nasi, menyumbat di mulut si kenit. Si kenit mengunyah pada mulanya, tetapi mereka menyuap tanpa henti. Si kenit berkata "berhenti, diriku tidak mampu". Namun semakin rakus mereka menyuap. Dia menjerit lagi , "tolong, aku tidak mampu. Aku ada penyakit diabetes melitus, tidak boleh mengambil nasi terlalu banyak. Tolonglah, aku tidak mampu~", dirinyamerayu.

Seperti biasa, tidak diendahkan permintaan si kenit, maka makin berduyun-duyunlah mereka dengan kepalan nasi ditangan, menyumbat-nyumbat mulut si kenit dengan nasi, si kenit cuba meronta, tetapi apakah daya, air mata yang mengalir juga tidak menyekat mereka, lalu dialirkan sahaja di dalam hati sahaja. "alhamdulillah, selesai. Ana pulang dulu", kata sang Naqeb. Sahabatnya turut bersama keluar, tinggal si kenit seorang diri, terkulat-kulat dengan mulut dipenuhi nasi.

Sambil menangis, dia berfikir, mengapa sahabat-sahabatnya yang soleh-soleh itu memaksanya sebegitu rupa? Dia berfikir, panjang dia berfikir, tiada jawapan dari mindanya. Di akhir malam, barulah teringat, dirinya bisu rupanya, tiada mampu mengeluar suara, suaranya tidak di dengar, hanya telinganya sahaja yang berfungsi selama ini, barulah dia sedar akan kedudukan dirinya sebenarnya.

5 comments:

aku said...

ya tuan rumah ... dh bnyk kali aku bc entry nih, tp aku msih xfhm. huhu. apelah hebat sgt bhs kamu. tiap kali aku mkn ns, tiap kali tulah aku teringat aku masih xfhm entry kamu. eh, tp mcm horrorlah pulak ms scene sumbat2 nasi dlm mulut si kenit tuh. horror horror. bbrape soalan aku :
1. si kenit tu kamu ke? huhu.
2. nasi = dakwah?
tlg2, aku cube fhmkan ... tp aku xberdaya. sobs.

cik alwan said...

salam abdullah...sungguh hiperbola ayat mu...aduh..sgt2 terharu + geram npe dipakse...ape msg yg cuba disampaikan?kenapa nasi?kenapa kecik?kenapa bisu....

*teringat plak mbr2 yg selalu membazir nasi~

Abdul Rasyiid Mustafa said...

huhu..no komen..kui3

Anonymous said...

makan nasi tak berlauk tu simbolik kpd orang yang hidup dlm perjuangan...perjuangan apa??jwb sndr...dlm seharian kalau kita makan nasi mesti berlauk kan? pelik benar rasanya makan tak berlauk, tp dlm pada itu pernah tak kita terfikir org seaqidah dgn kita, bkn kata tidak berlauk, sesuap nasi pon sugar utk mendapatkannya, berlainan dgn kita,nasi tak berlauk pon kita merungut mcm mn plk kalau tiada langsung...hebat betul penderitaan org2 palestin kalau nk bandingkan dgn kita disini...Allahu Akbar...pada Mu aku berserah

Lun said...

Nasik tu nampak sedap...

x smpat nk bca entry sampi hbis sbb nasik tu nmpak sdap