Si pipit sesat di tanah sendiri


Malam itu si kenit terbang lagi.Si kenit sudah tidak seperti dahulu. Dia sudah semakin sibuk, sentiasa ada tugasan perlu diselesaikan,sehingga tiada masa pulang ke tempat sarang tempat ditetaskan dahulu.

Setiap hari untuk membesar, si kenit berusaha keras menjahit sayapnya. Setiap hari tatkala masa terluang pasti akan disulam dengan kemas sayapnya itu supaya mudah dirinya terbang, laju dan kuat kemana-mana. Suatu hari yang tidak diduga, akibat tertidur kepenatan, si jarum itu menghilangkan diri. Lalu setelah dicari-cari, hanya satu sahaja penyelesaian yang relevan di masa itu, iaitu dengan pulang ke sarang, meminta ibu memberikan satu jarum yang lain, sebagai ganti si jarum gasar yang melarikan diri.

Dalam gelap itu si kenit memecut dengan sayap sahabatnya, kerana sayapnya masih belum teguh untuk diguna pergi kemana-mana. Niat dihatinya ingin pulang semula ke tempatnya berkerja, kerana ada mensyuarat yang perlu dihadirinya, dan mesyuarat itu bubar tanpa dirinya. Sampai sahaja dirumah, pasangan tua itu terkejut melihat anaknya. Si kenit memaklumkan kepada mereka, lalu pasangan itu seolah sedih si kenit pulang hanya seketika sahaja, seolah pulang hanya untuk jarum dan bukan menjenguk mereka. Namun atas nurani seorang bapa,ayah si kenit hanya menundukkan kepala, tanda faham akan situasi anaknya.

Setelah diulur biji jagung yang menjadi kegemaran si kenit, setelah meminta diri, dirinya terus terbang sekuat hati, mengalahkan sang layang-layang yang terkejut dirinya dikalahkan oleh si kenit tadi. Dengan izin tuhannya, si kenit langsung terlupa, sayapnya itu memerlukan air untuk berfungsi, lalu pabila haus, dia menyesal tidak mengisi kantung air di sarang usangnya itu tadi. Biarpun air itu mudah didapati, si kenit sedar, air di negerinya dikuasai syarikat, biarpun kerajaan sudah berganti, masakan semuanya percuma, hidup di dunia kapitalis, semua perkara diniaga dan dijual beli. Lalu terkedek-kedek si kenit menyimpang dari jalan utama, dengan niat mencari air di mana-mana. Setelah hampir pengsan beberapa kali, terasa perit di halkumnya, akhirnya dia berjumpa juga dengan stesen mengisi air. Malangnya, si pemiliknya menghalaunya, dengan alasan sudah lewat malam, tiada urusniaga. Si kenit merayu, tidak dilayan, langsung si kenit tahu, ada sesuatu yang tidak kena dalam harinya itu.

Dengan sedih dan tidak berdaya, si kenit pergi dengan berhati-hati, dalam kegelapan itu, dia mencari lagi air di mana-mana. Setelah air mata yang masin mula menitis, dia berjumpa dengan satu lagi stesen, kali ini dia lega, kerana melihat ramai pipit sekawan dengannya berurusniaga. Tetapi dia kaget, setelah menyedari di mana ia berada, dia berada di kampungnya semula!

Sedarlah dia akan kesilapan yang dilakukan, dosa terhadap ibu bapa, tidak beradap terhadap mereka, lantas dirinya dibalas dan ditegur didunia. Air matanya bercucuran, menyesal akan kebiadapan dirinya, walaupun dirinya sesibuk mana, hati ibu dan bapanya wajib dijaga. Terus dia mengirimkan pesanan ringkas, meminta maaf terhadap bapanya, dirinya takut untuk berbual di telefon itu, kerana sedang lencun dibasahi air mata. Dalam menyesal ia syukur, di tegur tuhan dengan cara selembut itu, dia berdoa agar dirinya kembali berhati nurani, dihaluskan hati dikemaskan peribadi. Setelah itu dia kembali kedepan sarangnya, melihat dari jauh dengan sayu, dengan tekad mahu berhati halus selalu,lantas pulang ke tempat kerjanya.

Sedarlah dia, janji tuhan balasan terhadap anak yang derhaka itu bukan palsu, dan dia yakin akan ayat dari tuhannya, yang juga merupakan tuhanmu.

16 comments:

Anonymous said...

Redha Allah bilamana redha kedua org tuanya. Sungguh halus teguran Allah,cuma org yg tulus nurani sahaja bisa faham yg tersurat dan tersirat dgn apa yg dialami.Nah!! hasilnya hati sendiri terdetik dgn malaikat yg membisik,pertolongan Allah menghantar ke telapak kaki yg harus kita cium...syukur pada Allah kerna sayangnya pada kita diingat lg ketika didunia.

Abdul Rasyiid Mustafa said...

hurm....btol2..sedang di zaman nabi hendak di bakar,zaman ini pula entah bagaimana pula..

Lun said...

kesian si pipt ditinggalkan sikenet begitu sahaja....

naqiubex said...
This comment has been removed by the author.
naqiubex said...

Sayangnya, sayap dia kurang air pula..

Anonymous said...

abdullah... dorg mcm x paham jer....haha

fariha saibani said...

syukur dirimu ditegur terus dari Tuhan.. biar membengkak mata, berjuraian air mata taubat..
tanda jiwa mu bercahaya..
ini yg aku cemburui..
amat2 mencemburui..

Abdul Rasyiid Mustafa said...

haha..agak kurang kefahaman la kot..tp xpelah..meraikan..kui3

naqiubex said...

Faham sebenarnya, tapi duduk kat umah lama lama pun tak elok juga. Baik pergi jauh jauh supaya ada perasaan rindu..
Itu yg bapa saya kata la..

naqiubex said...

Tapi si kenit ni mmg kejam la mulanya.. kesian ibu bapanya...

Lun said...

faham... saje buat2 x faham... mls nk jadi skema sgt hahaa

aku said...

rindu rumah ke?

Anonymous said...

sgguh skema org itu kerana faham apa yg dibicarakanb si abdullah...huhu...lun jer yg x skema...ker terkesima??

dinpaiman said...

inilah yang per;lu dilalui pejuang..
sesibuk mana pun dalam melakukan gerak kerja, kena sentiasa berhati-hati agar tidak mengundang murka dari kedua ibu bapa...

Syukran si kenit, cerita ini penuh penghayatan....

c's said...

Pernah tengok cerita kung fu panda?

Tiger marah bila tengok skrol macam cermin, tapi kosong..

panda lihat skrol yang sama, teliti, dia jumpa sesuatu..

penilaian berbeza terhadap situasi yang sama.. bergantung pada hikmah dan hati budi si pemerhati.. bittauFiQ

c's said...

*tgh dengar lagu permata ayah bonda-Firdaus*

teringat entry ini

satu potongan yang kadang menghiris hati ini

"Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda"