Sehari bersama Pencacai


Sesekali seronok juga menjadi 'pencacai', fikir si kecil kacak .Hidup sebagai si pencacai mudah, tidak perlu berfikir panjang, hanya perlu menerima arahan dan membuat sebaik mungkin, dengan setulus hati. Tetapi awas, jika si pencacai bersungguh-sunggh dalam hal kemungkaran, maka saham pasti tidak kemana. Jadi konklusi awal dari si kecil, jadilah pencacai kepada kepada si alim dan taat.

Bersama sahabatnya hari itu, dirinya berusaha mendalami sedikit sebanyak perangai orang lama dalam pertempuran, yang sering bertempur dengan gagak hitam yang buruk nan hodoh dilaman, di laman kecil yang tidak akan tahan selamanya. Tetapi bukan hal ketahanan laman menjadi ukuran signifikan perjuangan, tetapi burung-burung senior itu berjuang atas arahan dan keimanan.

Si kecil tidak habis-habis tersenyum bersama teman, melihat, mendengar, dan meneliti sikap dan tindak tanduk mereka yang berkenaan. Tersenyum lebar lagi apabila melihat bulu pelepahnya tidak tersenarai dalam senarai pengenalan diri bersama alamat blog dan kad pengenalan, maklumlah, dirinya sesiapa bak kata sahabatnya itu, setakat pencacai yang hanya pandai membuat dadih yang dijual kepada teman-teman.

Namun si kecil puas, bukan kerana dapat menjamah nasi minyak yang tersisa oleh tuan, tetapi mendapat satu pandangan baru dalam berhadapan dengan kehidupan.Manusia tidak sempurna, dan pimpinan itu juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah dalam kehidupan.Tetapi jika hendak mengkritik pimpinan, diingatkan untuk beradab dan mengelak membuat tuduhan. Sungguh ianya merugikan jemaah, memecahbelahkan dan menyakitkan hati teman.
Dan satu lagi yang tidak ingin ditinggalkan, satu persoalan. Diguna sahaja analogi mudah dalam merungkai persoalan:

"ambil sebilah pisau, dan sehelai kain sebagai pasangan. Diambil lagi satu kain, tetapi dipasangkan dengan berpuluh lidi yang kurus tiada kekuatan.Lidi dan pisau diletak dibawah kain tersebut (lidi-lidi diletak dengan jarak yang sekata dibawah kain), lalu diangkat perlahan-lahan dan dijulang keatas. Perhatikan bagaimana dua kain berubah mengikut tujahan"

Mana satu mekanisma yang ingin ditekankan? Mencanak tinggi dan mengorbankan seketika kawasan disekeliling atau bersama-sama mencapai impian? Kedua-dua punya sifat lemah, begitu juga kelebihan.

10 comments:

naqiubex said...

Pencacai.. bunyi macam pelik jer..
Manalah kamus aku..

aku said...

fikir si kecil "hensem"erk.

gagak hitam = org jahat!

laman kecil = dunia.

beradap : salah ejaan!

hahahaha.

tp pencacai = ???

Lun said...

kamus kamus kamus!!
di saat ku memerlukan mu kau menghilang

Abdul Rasyiid Mustafa said...

haha..dah ditukar kesilapan teknikal tersebut wahai "aku"..huhu.. xyah de kamus2 nih..bace bese2 sudey..kui3

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
c's said...

"maklumlah, dirinya sesiapa bak kata sahabatnya itu, setakat pencacai yang hanya pandai membuat dadih yang dijual kepada teman-teman." *membaca sambil terbayang drama Cina yang ada maharaja putera dayang, pegawai serta rakyat jelata*

im personally think, manusia sekarang bukan tak cukup ilmu atau amal, tapi kurang adab sopan.

kita yang muda-muda nih, tak perlu tunjuk panas dan lantang tak kena cara.

jadilah pencacai dulu pun tak mengapa kalau itu permulaannya.. nanti esok-esok membesarlah menjadi alim yang membawa sejahtera kepada semua .. selamat!~

Ummu Nuha said...

wait a minute!!
i'm a lil' bit slow..
wht's PENCACAI??
heard b4 but nver know wht's tht all about...

iRsYAd said...

erm.... dalam kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-3 cetakan ke 100 muka surat 335 menyebut bahawa "PENCACAI" bermaksud.........

hahahah... ak pon x taw... tp.. ak prnah dgr la... mcm dlm citer p ramli.. salah satu dialog die sebut.. "die ni kerje pencacai najis"....

penulis.. tolong terangkn maksud pencacai....
pencacai tu dalam kategory pe erk??

bg penerangan ckit.. biar phm diorg ni smue.. huhuh.. TQ

maiGeta said...

hihik...

kalu diselami vocab di dlm kotak mindaku dan pengalaman spnjang mnjadi seorg penuntut ilmu jalanan,
pencacai itu adalah signifikasi kpd "kuli"

bak kata sedara rashid rohim,
"die ni kerje pencacai najis"
albermakna,kuli yg mngangkat najis..
wallahuaa'lam..
(sekadar intrepetasi ayat yg lemah dr hamba yg dhoif)

al_irsyad said...

itulah budak kecik....

kata-katanya memang sukar difahami....

tapi...jika dapat memahaminya...

memang menarik!