Bebas seketika


Sang pipit baru bebas hari ini. Bebas dari belenggu kuiz kecil-kecilan, yang walaupun kecil sangat membaham kemampuan dirinya dan teman-teman dalam mendepaninya. Si pipit langsung terlupa sedang nyamuk boleh membawa mati, apatah lagi kuiz yang lebih besar sedikit itu; tidakkah dia lupa akan bahaya disesah di kampung kelak kerana tidak bersungguh-sungguh dalam belajar ilmu duniawi . Lantas terpaksalah bersua kembali dengan kuiz tersebut, dalam istilah popular yang disebut “redo quiz” yang bersiri-siri, maka redho lah ia akan ketentuannya nanti. Setelah terlepas, maka tersenyumlah ia, apatah lagi ditegur oleh Mr “Correct Right? " yang baru sahaja mengetahui bahawa dirinyalah yang membawa “bahana” kepada para pensyarah dengan menghantar kritikan terhadap modul HND seperti yang diminta oleh Mr Ello, koordinator yang sangat ramah sekali. Si pipit senyum sendiri, kerana dia yakin yang dikritiknya itu adalah modul semata-mata, bukan pelaksananya yang sangat berdedikasi.

Namun selama sang pipit “tersepit” itu, dia melihat ramai yang kembali, mencari Tuhan walaupun dengan jalan yang tiada kaitan sama sekali. Moga dengan usaha itu, kesungguhan mencari fitrah itu dilihat Ilahi, lantas dicampak taufiq dan hidayah didalam diri. Yang pasti, dirinya akan cuba membantu dengan tumpang sekaki, walaupun dengan sebuku roti berinti sosej yang sedap dimakan dimalam hari.

8 comments:

naqiubex said...

sebuku roti berisi sosej yang sedap dimakan setiap hari...

Sedapnya bunyi..

Abdul Rasyiid Mustafa said...

hoho..maka tunggulah project bersame shahril...ngeh3

c's said...

ush, ayat dah makin berima

perompak masuk islam masa tengah merompak http://aljoofre.iluvislam.com/

dan Malik Noor pun kembali menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim setelah sekian lama tidak sedemikian http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

moga kita berakhir dengan husnul khotimah =)

aku said...

tibe2 aku terfikir sang enggang. haha. xde kaitan.

p/s : gmbr ats tu buat aku ceria.

Abdul Rasyiid Mustafa said...

huhu.. nampaknye..kene buat satu blog lain untuk menerangkan ayat-ayat yang tidak difahami.. x taw la x phm ke buat2 x paham..hee


untuk 'aku', semakin ceria ble nk blk mesia nih..hehe

Anonymous said...

huhu..patut ler si pipit jantan seperti si pipit betina kebelakangan nih~

Abdul Rasyiid Mustafa said...

hurm..bernada provokasi.. menyamakan 2 hal yang sangat bertentangan sama sekali.. walaupun berkait sesama sendiri.. tp xpelah.. trpulang

Anonymous said...

terlampau bersastera susah gak...kepahaman bkn 100%....artikel pendek...nak memahamkan sebulan...bkn entri ni..entri len pon sama...huhu