Biah itu menyeksa

Terfikir sebentar dikala melangkah ke perpustakaan. Tentang diri, terasa semakin jauh, kadang-kadang melampai batas. Satu sebabnya yang diri sendiri maklum, biah sekeliling yang selalu menekan. Kadang-kadang terasa agak kecewa, mengapa tidak tempatku ini mempunyai biah seperti yang didamba.

Lalu seperti sudah menduga, aku diberi jawapan dalam kuliah hadith oleh Ustaz Yusuf, menurutnya ada satu perbahasan ulama' dalam hadith niat iaitu dalam bab adakah seseorang muslim itu mendapat pahala sekiranya dia meninggalkan dosa tanpa niat. Lalu seorang ulama' yang bernama al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang mengarang kitab Fathul Bari menyatakan, "Sesiapa yang meninggalkan sesuatu perkara tanpa sebarang niat, tiada pahala baginya, tetapi diberi pahala bagi sesiapa yang menghalang dirinya dari perkara-perkara itu ketika terlintas dihatinya untuk melakukan maksiat, lalu ditahan dirinya kerana takutkan Allah."

Mungkin biah ini tidak membina, tetapi peluang untuk mendapat pahala itu amatlah besar sekiranya diri bermujahadah dan bersabar, di samping melakukan amal ma'ruf nahi mungkar. Tetapi, entah diri berdaya, la haula wala quwwata illa billah..






wassalam

2 comments:

Anonymous said...

i like this sentence.

Mungkin biah ini tidak membina, tetapi peluang untuk mendapat pahala itu amatlah besar sekiranya diri bermujahadah dan bersabar, di samping melakukan amal ma'ruf nahi mungkar.

but this one is not so good.

Tetapi, entah diri berdaya

*geleng kepale*

go and find for some peacefulness.
recharge the battery, and come back with 100% fully energized.

good luck friend.

p/s: i'm super-duper happy, for the reason that i'm now able to leave comments on your blog. anonymous is now in the house! oh, tp name aku bukan anonymous. aku adelah aku.

Abdul Rasyiid Mustafa said...

Mungkin nada pessimistic, tapi kadang-kadang realistic itu sebutannnya sama seperti itu.. berserah sahaja kepada rabbi